17 April 2013, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, masih diberikan kesempatan untuk berada di dunia yang indah & penuh pancaroba serta ujian... Pelbagai nikmat & anugerah yang tidak terhingga, Ya Rabb, kurniakan buat hamba-hambanya...
Happy birthday @ ulang tahun kelahiran pastinya di sambut untuk diri sendiri, diraikan oleh rakan taulan... party, kek ucapan, makan besar, & pelbagai majlis keraian dibuat kadang2 ianya bercanggah dengan syariat islam... kadang2 kita lupa bersyukur dengan umur yang diberikan & mengucapkan terima kasih kepada Ilahi serta kepada IBU yang berjuang bertarung nyawa melahir & membesarkan kita... Pangkat, harta, serta kerjaya hebat membuatkan kita angkuh, berasa besar diri & lupa asal usul kita...
Budaya Barat (Freemasonry)
Budaya Islamik
Tepuk Dada Tanya Iman...
Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu Pn Hjh. Halimah Bt Yeop Abdul Rahman, isteri tercinta Miranti Nurul Habiba Bt Ibrahim, kekanda tersayang Hasanuddin, Sofiah, Fadilah serta keluarga mertua & saudara - mara, jiran2 & sahabat handai yang banyak membantu mendoakan kebahagian saya dunia & akhirat... 17 April 1981 - 17 April 2013, genaplah 32 tahun menjadi hamba, menghuni bumi Allah yang Maha Hebat ini...
Ibu tercinta (Pn Hjh. Halimah Bt Yeop Abd Rahman)
Terima Kasih Ibu, sesungguhnya tidak dapat ku balas jasa & pengorbananmu, hanya Allah saja yang dapat membalas segalanya... Ya Rabb, jadikan aku anak yang soleh, boleh berbakti kepada kedua ibu bapa dunia & akhirat...
Terima Kasih atas pengorbanan melahir & membesarkan saya...
Isteri yang disayangi (Miranti Nurul Habiba Bt Ibrahim)
Terima Kasih kerana di atas segala pengorbananmu, semoga rumah tangga kita berkekalan dunia & akhirat & melahirkan zuriat2 yang soleh & solehah...
Keluarga Mertua
Terima Kasih & Semoga dirahmati Allah dunia & akhirat...
Along & keluarga
Terima Kasih & Semoga dirahmati dunia & akhirat...
Angah & keluarga
Terima Kasih & Semoga dirahmati dunia & akhirat...
Kekanda Fadilah Zaini & suami
Terima Kasih & semoga dirahmati dunia & akhirat...
Terima Kasih kepada semua yang mendoakan saya... Saya doakan kalian dirahmati Allah & memperolehi kejayaan & kebahagian dunia & akhirat...

32 tahun..hehe
23 tahun..
Seperti rasmi padi, makin tua makin berisi...nampak tak ade boroi pun..hehe
nantikan keluaran akan datang..topik BOROI...
Comel tak dean, kak ton?..Comel...
Hensem tak dean, kak ton?.. Hensem...
Apa rahsia Dean.....?
Rahsia saya..
Hensem tak dean, kak ton?.. Hensem...
Apa rahsia Dean.....?
Rahsia saya..
PETUA SENANG HATI & COMEL& HENSEM :- KAK TON
--> Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH
--> Latih hati sentiasa ingat,ALLAH memberi pahala kpd kita setiap kali kita d umpat
--> Latih hati sentiasa bergantung dgn ALLAH & tidak terlalu mengharapkan manusia
--> Latih hati sentiasa bersyukur dgn nikmat dari ALLAH
--> Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain & sentiasa memohon ampun dari ALLAH
& doa kalian semua buat saya...













No comments:
Post a Comment