Bulan April, banyak peristiwa yang berlaku dimana sambutan ulangtahun kelahiran ibu, ibu mertua, adik dan juga diri sendiri...rasanya di bulan ini juga topik yang hangat diperkatakan sekarang, ialah PRU 13...
Dimana2 sahaja orang memperkatakan tentang PRU 13...bubarnya parlimen malaysia, maka parlimen kedai kopi mengambil tempatnya..
Parlimen Kedai Kopi
Perang bendera juga sudah bermula, pelbagai bentuk direka untuk menarik perhatian pengundi...kadang2 ianya membazir, lebih baik jika duit membuat bendera/poster itu disalurkan kepada yang memerlukan...
kadang2 pemasangan bendera ini tidak ikut spesifikasi mengudang permasalahan & juga kemalangan..
keselamatan & keselesaan rakyat diutamakan @ bendera parti lebih penting
perebutan kuasa untuk menjadi calon... pelbagai cerita kita dengar, ada yang gembira dipilih menjadi calon tapi ada yang tidak berpuas hati tidak dicalonkan (kampung halaman juga tidak terkecuali daripada permasalahan ini)...
demo bantahan
manifiesto dilaungkan, janji ditaburi bagi memikat hati pengundi...harga minyak turun, BR1M dinaikkan RM1000, PTPTN hapus & pendidikan percuma bagi semua, memperkasakan pendidikan... 4 manifiesto utama ini dilaungkan oleh 2 parti besar, tapi ianya tidak jelas & nyata...
harga minyak turun...turun berapa?? adakah ia tidak akan naik dalam jangka masa terdekat (turun 7 mei, 8 mei naik balik???) kenapa tak tetapkan harga siling yang menjamin kenaikkan tidak melebihi harga yang dijanjikan...
BR1M dinaikkan RM1000...kelayakan dapat BR1M orang yang berpendapatan RM3000 kebawah sahaja layak, rasanya tidak adil, kenapa orang yang berpaendapatan melebihi RM3000 keatas tidak dapat sedangkan mereka juga mempunyai tanggungan, malahan mereka adalah pembayar tegar income tax & tidak mendapat BR1M...
adakah mereka yang membayar income tax ni bukan warganegara?? adakah mereka juga dianak tirikan daripada menikmati hasil mahsul kekayaan negara disebabkan mereka berpendapatan RM3000 keatas...(tolong tanya ahli parlimen tempat anda)...
Hapus PTPTN & pendidikan percuma bagi semua... ayat pendidikan percuma bagi semua ni agak tergantung...percuma bagi semua...bagi semua apa?? semua golongan rakyat?? semua lepasan SPM?? dari pendidikan rendah hingga universiti??...hapus PTPTN, bagaimana pelajar yang hutang dengan institusi kewangang lain (MARA, JPA) @ yang mengambil pinjaman bank...

ini je lah jawapan yang dapat setelah dihantar kepada FB pemimpin2 & blogger yang melaungkan manifiesto ini
memperkasakan pendidikan... lagi tergantung ayat nie & tidak jelas (terlalu kabur)...
hilangnya tulisan jawi yang diperkasakan
kempen...
calon2 mula berkempen, tetapi yang peliknya permasalahan setempat tidak diambil kira tetapi sebaliknya cerita2 kutuk mengutuk, video, tohmahan fitnah yang banyak dilemparkan... kenapa tidak calon2 berkempen menyatakan wawasan/agenda yang hendak dibawa jika dipilih untuk menjadi wakil rakyat...nie asyik2 dok cerita pasal manifiesto pusat, masalah orang kampung, bandar tidak dipedulikan...pakat2 lah tanya calon soalan, jika diberi mandat apa depa nak buat?? tengok boleh jawab ka tak??
Ustaz Shahrul Nizam &







No comments:
Post a Comment