Alhamdullilah, syukur ke hadrat ilahi, diberikan nikmat kesihatan yg baik & diberikan kurniaan yg tidak terhingga.. Tanggal 22 Disember 2012, tepat jam 5.15 petang, lahirlah seorang putera yang kelahirannya amat dinantikan oleh ibu dan bapanya.. Kelahiran si anak awal tidak seperti yg disangkakan yg mana pihak hospital menjangkakan kelahiran hanya akan berlaku pada 31 Mac 2013.. Si ibu juga tidak menjangkakan dia akan bersalin awal hanya 6 bulan 15 hari kandunganya ditakdirkan keluar melihat dunia ciptaan yg esa..
ALLAH menunjukkan kebesarannya didalam perut ibu ada dua anak2 yang yang berkongsi tempat..si ibu bersalin anak pertama dikala kilat sabung menyambut kelahiran anak pertama ,walaupun si bapa telah menghubungi hospital namun kelewatan ambulan,sampai si anak telah dilahirkan&disambut oleh wan &bapa.
Lahir dalam keadaan tidak cukup bulan degan kebesaran ALLAH si anak masih bernyawa melihat WAN nya menyambut dengan kata kata yang keluar dari mulut wan nya melihat cucu "" syukur ahli syurga sudah sampai selamat datang ke dunia"",si bapa menitiskan airmata kegembiraan,,tatkala si anak bergedip
ditapak tangan wan..
Si ibu bersalin dirumah,takdirnya sibapa keluar bekerja bila mendapat tahu si ibu sakit utk bersalin dia balik secepat mungkin..manakala jarak hospital & tempat sama namun yang menghairankan ambulan tidak kunjung tiba..ini kah dikatakan tranformasi dlm kementerian kesihatan. menambahkan keperitan bengang ambulan yg dihantar keadaan nya juga teruk uzur tanpa kelengkapan yang sepatutnya ada dalam sebuah ambulan Tiadanya oksigen serta staff yang tidak berdedikasi..pemandu merokok dikala keadaan genting .. Apa mungkin sudah terbiasa dengan rutin kerjayanya tidak heran melihat situasi kecemasan begini atau sikap yang buruk tidak bertanggungjawab entergriti sebagai staff pemandu ambulan ..ini la budaya kerja sikap yang segolongan penjawat awam.bonus gaji hendak tinggi tapi perhidmatan hampeh..
di pendekkan cerita si ibu dipaksa oleh si nurse supaya bertahan,supaya bersalin dihospital namun kuasa ilahi anak yang kedua lahir ke dunia dikala hentakan dalam kenderaan yang laju meluncuri jalan si anak memilih untuk keluar melihat dunia,pengorbanan anak kedua ini tidak mahu ibunya dioperate/dibedah. kandungan kedua ini menyonsang namun ia mudah lahir walaupun tanpa bantuan&pembedahan. Ya RABB memang hebat kekuasan mu apa saja yang engkau kehendaki pasti akan berlaku..& setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..ALLAHHUAKBAR3
Takdir ilahi walaupun ibu,bapa &wan menyayangi zuriat ini namun redho penciptanya lebih menyayanginya..kedua-dua pergi menyahut panggilan ilahi setelah 12 jam lahir kedunia .si ibu &bapa amat bersyukur diberikan zuriat yang hebat &di beri peluang untuk melihat putera-putera yang dianggap sebagai pejuang..pejuang &pembela keluarga... pejuang yang akan merayu kepada ilahi agar diampun dosa ayah &ibu serta keluarga..seperti yang diingin dan dicita citakan oleh ayah &ibu anak menjadi pejuang maka dinamakan anak tersebut MUHAMMAD AL - FATEH BIN MAHAIUDDIN & MUHAMMAD MAHDI BIN MAHAIUDDIN..


. apa pun dugaan yang melanda..ianya adalah ujian dariNya...saya tahu bercakap memang senang..namun sebagai sahabat ini sahaja yang mampu saya ucapkan..di setiap ujianNya, Dia tahu kemampuan kita untuk melaluinya..saya tahu ianya amat perit buat anda berdua...InsyaAllah..Dia akan menggantikan dengan sesuatu yang lagi hebat buat anda berdua..
ReplyDeletetq, atas keperihatinan&doa semoga ALLAH merahmati anda serta keluarga..
ReplyDelete